Rabu, 27 Jun 2012

USUL AS-SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA

USUL 20
Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna

1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi 
semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan 
dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang 
dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun 
keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda 
ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun 
ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar 
dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di 
sisi kita.

2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan 
kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-
Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak 
mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada 
sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal 
hadis yang thiqah.

3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah 
mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada 
hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, 
tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang 
tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum 
dan nas agama

4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi 
serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk 
dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya 
adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.

5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada 
nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan 
yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan 
dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah 
dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat 
adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya 
sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, 
hikmat dan tujuannya.

6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-
katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi 
dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari 
para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan 
sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan 
nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih 
utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk 
dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang 
telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada 
niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang 
telah mereka kerjakan.

7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad 
dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut 
kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi 
elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah 
dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. 
Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan 
dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang 
memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah 
menyempurnakan kekurangan ilrnu yang ada pada dirinya sekiranya dia 
di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada 
peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).

8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak 
boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, 
juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu 
sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan 
jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah 
yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan 
kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada 
hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan 
yang dikeji dan perasaan taasub.

9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada 
amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. 
Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam 
hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan 
makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal 
pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara 
sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. 
Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW 
dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan 
perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya 
adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan 
hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang 
layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat 
itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan 
diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak 
mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh 
Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang 
bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam 
pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman 
kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).

11. Setiap perkara bid'maafkan saya dalam din Allah yang tidak ada 
asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka 
dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan 
yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang 
tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

12. Perkara bid'maafkan saya tambahan dan kurangan serta iltizam 
dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang 
masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan 
yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari 
kebenaran dengan dalil dan bukti.

13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang 
soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri 
kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh 
Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. 
Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie 
dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan 
mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat 
diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan 
pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang 
disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun 
begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa 
dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun 
jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan 
kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah 
dan sebagainya dari perkara yang bid'maafkan saya, kesemuanya itu adalah 
perkara yang bid'maafkan saya yang merupakan dosa besar yang wajib 
diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini 
kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-
perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).

15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan 
orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan 
ia bukannya dari masalah akidah.

16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz 
syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna 
yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib 
kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam 
setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada 
apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.

17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah 
lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan dalam 
amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat 
perbezaan darjah anjuran ini.

18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan 
supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu 
dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam 
setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin 
dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.

19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal 
menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang 
kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang 
pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung 
dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) 
darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang 
qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan 
syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika 
itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang 
mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan 
mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun 
maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan 
perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang 
darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, 
atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur 
oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak 
boleh ditakwil lagi selain dari kufur.

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan